Fans

About Me

My photo
Professional Makeup Artist , Muslimah Hairstylist, Founder of Milya Salon and Studio. Please follow me on Instagram and Facebook @milyabeautyconcept

Monday 15 October 2012

CONVOCATION DAY

Assalamualaikum :)
Genap seminggu sudah hari graduasi dan konvokesyen saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mungkin ada yang belum tahu, saya adalah pelajar jurusan Sains Bioperubatan di UIAM kampus Kuantan. Mungkin juga ada yang masih belum tahu UIA mempunyai cawangan di Kuantan, Pahang yang meletakkan pelajar jurusan Perubatan, Farmasi, Pergigian, Sains Bioperubatan, Bioteknologi dan Sains Matematik.

HEHE. Alhamdulillah, 2 tahun saya menuntut di Pusat Asasi UIA yang terletak di Petaling Jaya, dan 4 tahun di UIA Kuantan. Pelbagai dugaan suka-duka ditempuhi sepanjang bergelar pelajar. Asalnya minat saya masa kecil dahulu memang ingin menjadi Saintis :) Alhamdulillah, kini saya bergelar Researcher atau Pegawai Penyelidik di HKL. Semua ini demi Mama dan Papa yang bersusah - payah membesarkan saya, dan menyediakan keperluan untuk saya tanpa banyak bicara.

Ada juga yang bertanya, dari mana saya belajar solekan dan dandanan rambut? Jawapan saya dari cikgu yang paling setia. Iaitu - PENGALAMAN.
Ya, di samping pernah bekerja di salun, dan menghadiri kelas2 mekap, cikgu yang paling setia itu sentiasa menemani saya. Memang di UIA Kuantan mahupun Gombak takde kos Kecantikan atau Dandanan. Haha. Tak tahulah kalau sepuluh tahun yang akan datang mungkin ada? Kan? Tapi sebenarnya bukan itu yang saya nak cakap.

Tak terbalas semua jasa Mama dan Papa, juga dorongan dari Pakcik-pakcik, Makcik-makcik, Kawan-kawan, Saudara mara dan takkan pernah luput dari ingatan saya, adalah arwah nenek saya.
Kalau belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus, jangan lupa Mama Papa. mungkin mereka tak kaya berharta, tapi tanpa usaha dan doa mereka, ko takkan berjaya, Mi.
Ingat, hidup di dunia ni, Allah yang tentukan. Jangan pernah lupa solat 5 waktu. Jangan lupa berbakti pada Mama Papa.
SubhanAllah, sungguh sebenarnya saya agak terkilan kerana nenek pergi sebelum sempat dia melihat saya menggenggam segulung ijazah.
Sungguh, saya benar berharap dia ada di sisi semasa saya bersusah-payah di makmal dalam menyelesaikan Final Year Project saya. Saya memilih concentration Clinical & Pharmaceutical Research demi nenek :'(
Saya berharap untuk bersama-sama menyambung apa yang pernah dia usahakan dulu.
Rupanya, kasih Allah terhadap nenek melebihi kasih dan sayang saya dan kami semua.
Moga roh kedua-dua nenek saya diletakkan di sisi orang yang beriman. Al-Fatihah

Sekalung apresiasi juga buat Pensyarah2 yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung.
Juga buat seorang insan yang banyak menasihati dan membantu bila saya memerlukan, yang berusaha keras memastikan niat dan hasrat kecil saya untuk menjadi Makeup Artist dan Muslimah Hairstylist hampir nampak masa depannya, Thank you Hatimanis :)

Ini, satu gambar yang menjelaskan rasa bahagia bila segala susah payah selama 6 tahun berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah.



Gambar-gambar convo yang lain? Tunggu!~
Photo by: Fuzzymilya PIX

No comments:

Post a Comment

Anything to say?