Fans

About Me

My photo
Professional Makeup Artist , Muslimah Hairstylist, Founder of Milya Salon and Studio. Please follow me on Instagram and Facebook @milyabeautyconcept

Thursday 24 January 2013

Terukir di Bintang bersama Aizat dan Yuna

Assalamualaikum :)
Lama tak nampak? Hehe. Okay maaf lama tak update, jadi harini dengan lafaz Bismillah kita update pasal kenduri Terukir di Bintang bersama Yuna dan Aizat. Okay?

Memang surprise, tak ramai tau sebenarnya Yuna balik minggu lepas. Hehe. Sebab dia balik kejap sahaja. Jadi buat semua KSMY (Kipas Susah Mati Yuna), disini saya kepilkan beberapa gambar di Majlis Kesyukuran Yuna dan Aizat sebab lagu Terukir di Bintang menang Anugerah Juara Lagu :)

Gambar oleh Lakar Kirana Production dan juga dari kamera adik-adik KSMY yang lain.

Semoga terubat rindu ;)


sy dan kakak Yuna sy :)


sy, jiji dan mawaddah sufi :) ksmy sejati ni tauuuu


tuan rumah yg menjemput kami hehe. abang misai eh silap. Aizat Amdan, dan hatimanis sy :)


sy dan alin ;) 


gadis-gadis KSMY ayu kan? majlis kesyukuran, tu semua pakai sopan dan ayu :P


semua KSMY :)
ONE HAPPY FAMILY AT HOME!


sy dan aunty Anum, bonda kesayangan kak Yuna ;)


sy dan kakak kembar sy! kak Milya Saila, kazen Yuna, yang mengusahakan Iamjetfuel (butik Yuna)
boleh serbu butik Yuna lepas ni okay? di SS15~


muka tak sabar jumpa Yuna, lepas kekenyangan makan. haha. Alin makan paling banyak! opss! hehe


encik Ramli MS dan hatimanis sy :)


masa semua orang sibuk-sibuk amik gbr dgn kak Emy, tetibe Mawaddah Sufi ingatkan kak Yuna yg keluar sebab semua adik2 KSMY sibuk amik gbr gn sy. wawawa. dia ckp 
"weh, ni bukan kak Yuna, kak Yuna kt dalam, tgh interview tak keluar lg"
hahaha. memanglah! ish!


fiqah yang i mistakenly thought my junior from UIA in twitter, with abang misainya :)


nampak tak Mug Merah tu? hehe hadiah from Yuna and Aizat, ada signature dorang kat Mug tu.
i bet no one would ever use that mug~ sayanggg koottttt~


Ucapan dari Bintang sempena kejayaan Terukir Di Bintang. Alhamdulillah.


adik jyjye dgn abangnya. eh macam serupa pulak muka tuuu~


cik Ta dengan Yuna ;)


Yuna, AgCoco dan Aizat :)

 Kipas Susah Mati Yuna (KSMY)


lawa sangat baju kak Yuna ;)


adik fiqah yang gagah hgpa taw dak dia mai dari kedah semata-mata nak jumpa kak Emy? eh silap kak Yuna? hehe


comelnya juju dan kak Yuna ;)


haah, memang banyak gambar jyjy dgn kak Yuna die pon~ haha


Aliff kan? hehe


adik juju~ kembar jyjye eh yeke?


nak tengok kak Yuna je. abaikan yg seblah tu~ haha


aliff and aunty anum :)


Juju and Aunty Anum :)

Phew~ selesai dah upload gambar. Terima kasih kerana sudi membaca.
Selepas majlis kesyukuran ini, difahamkan Aizat telah ditolak ke dalam swimming pool di rumahnya. 
Haha sebab birthday dia actually. So Aizat, thank you for organizing and inviting, thank you sebab semua makanan sedap-sedap.

Tahniah buat kedua-dua bintang berbakat, Yuna dan Aizat! All the best in the future too!

Okay, minggu ni saya akan jumpa seorang lagi pelakon popular untuk dimekapkan. hehe.
By the way, jangan lupa!~ 

LADY RANIA MALAYSIA LAUNCHING
9 FEBRUARY 2012
1 PM- 6 PM
DYNASTY HOTEL KUALA LUMPUR
ADMISSION FEE: RM 95
THEME: PINK+TURQOISE

jangan lupa! pakai cantik-cantik, lawa-lawa, sebab ada liputan dari Safiyya tv9, ada media, dan ada lucky draws, booths menarik, dan dari Milya Beauty Concept,

jangan lupa singgah ke booth Organo Gold untuk dapatkan diskaun 20 % ke atas servis Mekap untuk Photoshoot!!


ada 20 keping voucher akan diberikan kepada mereka yang bertuah!
so jangan lupa singgah ke booth Organo Gold
ada kopi-kopi sedap macam Latte, Mocha, Hot Chocolate dan macam2 lagi!! 
Semua akan dijual dengan harga diskaun!~
Siapa cepat dia dapat~

siapa-siapa nak pergi Lady Rania Malaysia, boleh emailkan kepada emilia2602@gmail.com

TERIMA KASIH.
ASSALAMUALAIKUM.

4 comments:

  1. indah kan? lagi indah if anem ade skali :) takpe, insyaAllah Yuna balik lg, kte jumpe lg~

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Seronoknya tgk gambar sume.
    Saya ni pun suka sgt dgn yuna tp belum berkesempatan dpt jumpa and bergambar secara personal. Mcm mana ye saya nk jadi ahli ksmy and ikuti semua program yg ksmy dpt pergi. Sllu tgk kt fb tu mcm best sgt community ksmy ni. Nak join and nk jadi ahli officially. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, boleh terus Like fanpage KSMY :) nanti semua info akan diberitahu disana :)

      Delete

Anything to say?