Fans

About Me

My photo
Professional Makeup Artist , Muslimah Hairstylist, Founder of Milya Salon and Studio. Please follow me on Instagram and Facebook @milyabeautyconcept
Showing posts with label fuzzymilya groups. Show all posts
Showing posts with label fuzzymilya groups. Show all posts

Sunday, 27 January 2013

Tasha Shilla Suprise Birthday Party!

Assalamualaikum :) Selamat bercuti~ Kemain lama kan kita bercuti?
So semalam, sy dan photographer telah ke Putra Hotel KL untuk surprise birthday party Tasha Shilla. mih mih mih. Tasha taktau tauuuu. Nampak muka die terkejut bila masuk hall.

Sy dipertanggungjawabkan utk mekap Birthday Girl kita ni~
ni ha gambar di sebalik tabir...










hee masa ni rambut dan mekap belum siap sepenuhnya.


Tasha Shilla nangis terharu di samping bonda tersayang :)


Sesi potong kek! comel je Tasha :)


Oh ini gambar selingan. hee. Danea, ni model sy dulu ala~ yg entry Photoshoot dgn Tasha Manshahar, Syada Amzah kt Clora Studio tu~ BACA DI SINI
Tak sangka jumpa Danea jgk masa ni :) 


Tasha di samping Ayahandanya ;)


Sangat sweet TashaShillaTeam yang plan Surprise Birthday Party utk Tasha Shilla sejak November okay~
Banyak sangat surprise masa Birthday Tasha tu. 

Sy dapat Mug, ada gambar Tasha Shilla, ada Kalendar muka Tasha Shilla, even botol Mineral Water pun ada Nama Tasha Shilla! hehe.

Thank you dears, kami sangat sangat gembira dapat bekerjasama untuk menjayakan surprise birthday party
untuk Tasha Shilla ;) Thank you jugak kpd Embun, PA Tasha yg baik hati! hee.

Rupa-rupanya, Tasha ni sangat peramah, bukan saje comel, tapi dia sangat sayangkan peminatnya, siap ingat nama lagi tau. Tengok dari slideshows semalam, nampak sangat TashaShillaTeam berusaha keras dan sangat up-to-date dgn setiap perjalanan karier Tasha Shilla. INI BARU PEMINAT SEJATI! 

Selain itu, Tasha juga menyanyi~ Jangan taktau~ Heheh. Nantikan lagu Sayang Pulanglah Sayang ke udara nanti! Tasha pun pandai rap tau!

To Tasha Shilla, kami (Fuzzymilya Groups) mendoakan supaya karier Tasha akan terus sukses, menang lagi banyakkk anugerah and all the best in the future!!

nak gambar yang lain? di sini -> Fuzzymilya Groups

Semua gambar adalah HAK CIPTA TERPELIHARA oleh LakarKiranaProduction
Dilarang sama sekali mengambil mana-mana gambar tanpa meminta izin dan KEBENARAN BERTULIS terlebih dahulu dari Milya Beauty Concept atau pihak LakarKiranaProduction.

THANK YOU READERS :)


Sunday, 28 October 2012

Photoshoot Ayu di Aidiladha

Assalamualaikum :) Dah abes baca dua previous update? now this is the third one! hehe. Hamik! Skali 3 posts sy update. Sebelum ni asyik takda masa, kena hold2 dulu la kan. Ok! Shoot yang kali ni, bertemakan AYU! Kenapa Ayu? Nama dia Ayu kah? TIDAK! haha. Namanya, Nik Nur Atikah :) Ni pun kawan sy masa sekolah. Tapi, sekolah menengah. Seronok weyh, jumpa balik kawan-kawan lama ajak photoshoot semua. Bestt! hehe. Nanti kalau ada lagi sesiapa nak buat BFF Photoshoot ke, silakanlah :) Tapi yang Nik buat ni sekadar promosi untuk personal photoshoot lah kiranya. Mari lihat pose-pose menarik beliau dan hasil kerja awesome dari Photographer terbaik kami di LAKAR KIRANA PRODUCTION dan Makeup oleh Milya Beauty Concept.

Nik request nak makeup yang simple, yang boleh buat muka nampak flawless macam tak makeup! haha quoted form Nik :) So, saya buat ala-ala High Fashion. Sangat natural, and tahan lama jugak makeup ni, dia pakai sampai lebih 5jam kut. Hehe.




OK! Siapa2 berminat nak try photoshoot, personal ke, berkumpulan ke, couple ke, family ke, jangan segan silu email kami di emilia2602@gmail.com

kalau kami lambat reply, bolehlah tweet us at Emy Milia 
Terima kasih daun keladi, kalau sudi, datanglah baca lagi, dan photoshoot lagi. :)

Gadis Kebaya Photoshoot - Puteri Laila

Assalamualaikum :) another update from me! Thanks sudi baca, sudi tengok, kalau sudi nak komen, silalah ya. Yang ni adalah Photoshoot bertemakan Gadis Kebaya. Puteri Laila, kawan sekolah rendah saya masa dekat KL dulu. Hee. Dah jadi pelakon dah dia sekarang tau :)

Thank you Puteri for cooperating! Nanti ada masa kita shoot tema lain pulak ya :) hee. Puteri ni jugak kawan saya selalu masuk pertandingan menyanyi masa sekolah rendah. Haha. What a memory. Rindunya! Cepatnya masa berlalu! Ok, mari lihat gambar yang diambil oleh LAKAR KIRANA PRODUCTION dan Makeup oleh Milya Beauty Concept.





Interested to have a personal shoot or book for a Makeup Artist? email to emilia2602@gmail.com or tweet us at Emy Milia TQ! <3

Family Photoshoot

Assalamualaikum :) Hye! Its still early now. Izinkan saya update banyak2 ya. Lepas ni kembali busy so masa tengah free ni mari kita bersungguh-sungguh bela blog kesayangan ni!

Clients ni adalah teman sekerja saya dulu, masa jadi guru ganti di sebuah sekolah menengah :) Hee :)
Kak Zatul nak buat surprise sebenarnya untuk suami dia, Encik Rashid, sempena Anniversary mereka. So dia plan nak buat Post-Wedding Photoshoot. Oh, anak mereka sangat bijak dan comel! Mia namanya. eeee comel! Tak silap saya, Photoshoot ni dijalankan masa bulan puasa yang lalu, maaflah baru nak update ya~ Sebab saya busy. Kak Zatul pun agaknya dah puas tengok gambar ni. ehhhh bebel pulak! ok ni gambarnya! Enjoy! <3






















photo by: Lakar Kirana Production Fuzzymilya Groups
location: taman botanik
for booking (Makeup and Photography) email to emilia2602@gmail.com tQ <3

Monday, 15 October 2012

Convocation Photoshoot

Hye , Assalamualaikum :) Here we go! Some of the pictures during Convocation Photoshoot held in International Islamic University Malaysia.








All photos are taken by Fazrul Rahman, under the name of FuzzymilyaPIX
Anyone who is graduating soon and wanted to have a personal Convocation Photoshoot with your friends, kindly email us at emilia2602@gmail.com

For packages and bookings, you may tweet me at @emymilya for faster reply :)

CONVOCATION DAY

Assalamualaikum :)
Genap seminggu sudah hari graduasi dan konvokesyen saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mungkin ada yang belum tahu, saya adalah pelajar jurusan Sains Bioperubatan di UIAM kampus Kuantan. Mungkin juga ada yang masih belum tahu UIA mempunyai cawangan di Kuantan, Pahang yang meletakkan pelajar jurusan Perubatan, Farmasi, Pergigian, Sains Bioperubatan, Bioteknologi dan Sains Matematik.

HEHE. Alhamdulillah, 2 tahun saya menuntut di Pusat Asasi UIA yang terletak di Petaling Jaya, dan 4 tahun di UIA Kuantan. Pelbagai dugaan suka-duka ditempuhi sepanjang bergelar pelajar. Asalnya minat saya masa kecil dahulu memang ingin menjadi Saintis :) Alhamdulillah, kini saya bergelar Researcher atau Pegawai Penyelidik di HKL. Semua ini demi Mama dan Papa yang bersusah - payah membesarkan saya, dan menyediakan keperluan untuk saya tanpa banyak bicara.

Ada juga yang bertanya, dari mana saya belajar solekan dan dandanan rambut? Jawapan saya dari cikgu yang paling setia. Iaitu - PENGALAMAN.
Ya, di samping pernah bekerja di salun, dan menghadiri kelas2 mekap, cikgu yang paling setia itu sentiasa menemani saya. Memang di UIA Kuantan mahupun Gombak takde kos Kecantikan atau Dandanan. Haha. Tak tahulah kalau sepuluh tahun yang akan datang mungkin ada? Kan? Tapi sebenarnya bukan itu yang saya nak cakap.

Tak terbalas semua jasa Mama dan Papa, juga dorongan dari Pakcik-pakcik, Makcik-makcik, Kawan-kawan, Saudara mara dan takkan pernah luput dari ingatan saya, adalah arwah nenek saya.
Kalau belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus, jangan lupa Mama Papa. mungkin mereka tak kaya berharta, tapi tanpa usaha dan doa mereka, ko takkan berjaya, Mi.
Ingat, hidup di dunia ni, Allah yang tentukan. Jangan pernah lupa solat 5 waktu. Jangan lupa berbakti pada Mama Papa.
SubhanAllah, sungguh sebenarnya saya agak terkilan kerana nenek pergi sebelum sempat dia melihat saya menggenggam segulung ijazah.
Sungguh, saya benar berharap dia ada di sisi semasa saya bersusah-payah di makmal dalam menyelesaikan Final Year Project saya. Saya memilih concentration Clinical & Pharmaceutical Research demi nenek :'(
Saya berharap untuk bersama-sama menyambung apa yang pernah dia usahakan dulu.
Rupanya, kasih Allah terhadap nenek melebihi kasih dan sayang saya dan kami semua.
Moga roh kedua-dua nenek saya diletakkan di sisi orang yang beriman. Al-Fatihah

Sekalung apresiasi juga buat Pensyarah2 yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung.
Juga buat seorang insan yang banyak menasihati dan membantu bila saya memerlukan, yang berusaha keras memastikan niat dan hasrat kecil saya untuk menjadi Makeup Artist dan Muslimah Hairstylist hampir nampak masa depannya, Thank you Hatimanis :)

Ini, satu gambar yang menjelaskan rasa bahagia bila segala susah payah selama 6 tahun berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah.



Gambar-gambar convo yang lain? Tunggu!~
Photo by: Fuzzymilya PIX

Friday, 21 September 2012

Post Wed Photoshoot (CTS)

Hye Assalamualaikum semua :) Indah sungguh malam ini. Tatkala membelek2 FB, banyak pulak invitation wedding, tak kurang juga yang minta quotation untuk Makeup dari Milya Beauty Concept dan juga Photography dari FuzzymilyaPIX. Agak letih jari jemari mereply segala email, pm, dm tau. Tapi, yang mana sempat, yang mana dekat, yang mana terdaya, kami reply, dan usahakan untuk datang. Ok tak? :)

Actually, Post Wed Photoshoot ni dah lama tau. Hehe. Masa saya masih lagi di UIA Kuantan nun. Jadi, Encik Fazrul aka Hatimanis saya tu terpaksa lah datang ke Kuantan untuk menangkap gambar pasangan merpati dua sejoli ini :) Seriously, masa ikut Hatimanis ke tempat nak shoot tu, dan dengar dia punya love story pun saya dah excited semacam. Alahai, soooo sweeet tau!! :)












































aaaaa... Sweet tak? Pergi kelas sama-sama. Study untuk exam sama-sama. Dan sekarang ni dah kawen pulak, main gitar dan nyanyi sama-sama. Siapa tak cemburu tu mesti ada something wrong. Ekeke. 

Sebenarnya, Kak Maisarah dan suaminya Prof Hirzie ni, adalah classmates Hatimanis saya dulu la :) Sebab tulah, Hatimanis saya pun ingat kat mana bibit2 percintaan pasangan ni mula berputik. Wahaha. Ampunlah. Saya mana reti nak berjiwang-jiwang ni. Hew Hew *tutupmuka*

Apa pun, terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan Fuzzymilya Groups. Sangat seronok jugak bekerjasama dengan Kak Mai and Ez :) Sejak dari awal lagi pasangan ni dah booking saya untuk Makeup dan Fazrul untuk Photography sepanjang Akad Nikah, Resepsi, Indoor and Outoor Photoshoot. Hehe. Dan semua jenis mekap yang saya buat semua berbeza, kan Kak Mai kan? Seronok explore mekap :) 

P/S: Jika berminat untuk mendapatkan Pakej Mekap dan Photography boleh pm/dm/email sy di emilia2602@gmail.com atau tweet sy di -> emymilya