Fans

About Me

My photo
Professional Makeup Artist , Muslimah Hairstylist, Founder of Milya Salon and Studio. Please follow me on Instagram and Facebook @milyabeautyconcept
Showing posts with label fuzzymilya PIX. Show all posts
Showing posts with label fuzzymilya PIX. Show all posts

Monday, 15 October 2012

Convocation Photoshoot

Hye , Assalamualaikum :) Here we go! Some of the pictures during Convocation Photoshoot held in International Islamic University Malaysia.








All photos are taken by Fazrul Rahman, under the name of FuzzymilyaPIX
Anyone who is graduating soon and wanted to have a personal Convocation Photoshoot with your friends, kindly email us at emilia2602@gmail.com

For packages and bookings, you may tweet me at @emymilya for faster reply :)

CONVOCATION DAY

Assalamualaikum :)
Genap seminggu sudah hari graduasi dan konvokesyen saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mungkin ada yang belum tahu, saya adalah pelajar jurusan Sains Bioperubatan di UIAM kampus Kuantan. Mungkin juga ada yang masih belum tahu UIA mempunyai cawangan di Kuantan, Pahang yang meletakkan pelajar jurusan Perubatan, Farmasi, Pergigian, Sains Bioperubatan, Bioteknologi dan Sains Matematik.

HEHE. Alhamdulillah, 2 tahun saya menuntut di Pusat Asasi UIA yang terletak di Petaling Jaya, dan 4 tahun di UIA Kuantan. Pelbagai dugaan suka-duka ditempuhi sepanjang bergelar pelajar. Asalnya minat saya masa kecil dahulu memang ingin menjadi Saintis :) Alhamdulillah, kini saya bergelar Researcher atau Pegawai Penyelidik di HKL. Semua ini demi Mama dan Papa yang bersusah - payah membesarkan saya, dan menyediakan keperluan untuk saya tanpa banyak bicara.

Ada juga yang bertanya, dari mana saya belajar solekan dan dandanan rambut? Jawapan saya dari cikgu yang paling setia. Iaitu - PENGALAMAN.
Ya, di samping pernah bekerja di salun, dan menghadiri kelas2 mekap, cikgu yang paling setia itu sentiasa menemani saya. Memang di UIA Kuantan mahupun Gombak takde kos Kecantikan atau Dandanan. Haha. Tak tahulah kalau sepuluh tahun yang akan datang mungkin ada? Kan? Tapi sebenarnya bukan itu yang saya nak cakap.

Tak terbalas semua jasa Mama dan Papa, juga dorongan dari Pakcik-pakcik, Makcik-makcik, Kawan-kawan, Saudara mara dan takkan pernah luput dari ingatan saya, adalah arwah nenek saya.
Kalau belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus, jangan lupa Mama Papa. mungkin mereka tak kaya berharta, tapi tanpa usaha dan doa mereka, ko takkan berjaya, Mi.
Ingat, hidup di dunia ni, Allah yang tentukan. Jangan pernah lupa solat 5 waktu. Jangan lupa berbakti pada Mama Papa.
SubhanAllah, sungguh sebenarnya saya agak terkilan kerana nenek pergi sebelum sempat dia melihat saya menggenggam segulung ijazah.
Sungguh, saya benar berharap dia ada di sisi semasa saya bersusah-payah di makmal dalam menyelesaikan Final Year Project saya. Saya memilih concentration Clinical & Pharmaceutical Research demi nenek :'(
Saya berharap untuk bersama-sama menyambung apa yang pernah dia usahakan dulu.
Rupanya, kasih Allah terhadap nenek melebihi kasih dan sayang saya dan kami semua.
Moga roh kedua-dua nenek saya diletakkan di sisi orang yang beriman. Al-Fatihah

Sekalung apresiasi juga buat Pensyarah2 yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung.
Juga buat seorang insan yang banyak menasihati dan membantu bila saya memerlukan, yang berusaha keras memastikan niat dan hasrat kecil saya untuk menjadi Makeup Artist dan Muslimah Hairstylist hampir nampak masa depannya, Thank you Hatimanis :)

Ini, satu gambar yang menjelaskan rasa bahagia bila segala susah payah selama 6 tahun berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah.



Gambar-gambar convo yang lain? Tunggu!~
Photo by: Fuzzymilya PIX

Friday, 21 September 2012

Post Wed Photoshoot (CTS)

Hye Assalamualaikum semua :) Indah sungguh malam ini. Tatkala membelek2 FB, banyak pulak invitation wedding, tak kurang juga yang minta quotation untuk Makeup dari Milya Beauty Concept dan juga Photography dari FuzzymilyaPIX. Agak letih jari jemari mereply segala email, pm, dm tau. Tapi, yang mana sempat, yang mana dekat, yang mana terdaya, kami reply, dan usahakan untuk datang. Ok tak? :)

Actually, Post Wed Photoshoot ni dah lama tau. Hehe. Masa saya masih lagi di UIA Kuantan nun. Jadi, Encik Fazrul aka Hatimanis saya tu terpaksa lah datang ke Kuantan untuk menangkap gambar pasangan merpati dua sejoli ini :) Seriously, masa ikut Hatimanis ke tempat nak shoot tu, dan dengar dia punya love story pun saya dah excited semacam. Alahai, soooo sweeet tau!! :)












































aaaaa... Sweet tak? Pergi kelas sama-sama. Study untuk exam sama-sama. Dan sekarang ni dah kawen pulak, main gitar dan nyanyi sama-sama. Siapa tak cemburu tu mesti ada something wrong. Ekeke. 

Sebenarnya, Kak Maisarah dan suaminya Prof Hirzie ni, adalah classmates Hatimanis saya dulu la :) Sebab tulah, Hatimanis saya pun ingat kat mana bibit2 percintaan pasangan ni mula berputik. Wahaha. Ampunlah. Saya mana reti nak berjiwang-jiwang ni. Hew Hew *tutupmuka*

Apa pun, terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan Fuzzymilya Groups. Sangat seronok jugak bekerjasama dengan Kak Mai and Ez :) Sejak dari awal lagi pasangan ni dah booking saya untuk Makeup dan Fazrul untuk Photography sepanjang Akad Nikah, Resepsi, Indoor and Outoor Photoshoot. Hehe. Dan semua jenis mekap yang saya buat semua berbeza, kan Kak Mai kan? Seronok explore mekap :) 

P/S: Jika berminat untuk mendapatkan Pakej Mekap dan Photography boleh pm/dm/email sy di emilia2602@gmail.com atau tweet sy di -> emymilya

Wednesday, 12 September 2012

Openhouse with Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Syed Shamim

Assalamualaikum :) hye. Apakah khabarmu di sana? Dengan menghitung Syawal yang dah nak habis ni sy nak taip lelaju lah entry pasal Openhouse yg sy dan Hatimanis sy pegi haritu ye. Ihik. Sebabtu korang tengok, MilyaBeautyConcept dah tak buat event Photoshoot ke ape kan sepanjang September?




Ok ini Openhouse yg pertama kitorang pergi. Dijemput oleh Tasha Manshahar sendiri uolls. Tetanjat gegurl. Wakaka. Diadakan di Clora Studio yang terletak di Wangsa Maju. Jangan ingat kitorang tak sesat, memang sesat. Last2 contact Clora, contact Tasha, sampai2, dah ramai tetamu yang datang. Whaaaaaaa (bukak mulut besar2)...






Banyak jugakla lagu yg dorang nyanyi masa Openhouse tu. Whaaaa (bukak mulut besar2)... Tapi sangat sangat besttt! One thing I like about Tasha is that, she is sooooo extremely friendly with her fans. Trust me ;) and humble as well. That's why she got maannnyyyyy fans in fact. She knows some of them and even remember their names. Eh, like me and my Hatimanis. Ihik. 
On the other hand, Syed Shamim pulak, multitalented because he knows how to play a guitar, and also the keyboard, i bet he can play some other instruments too :) Oh lupa nak bagitau, ed study music :) That's why, he can sing and play music too~





Yang ni, kenal tak? Aish kalau tak kenal orangnya, mesti korang kenal lagunya~
"aku lihat dia di sana~ aku ingin mendekatinya~ AKU SUKA DIA- Ainan Tasneem "
Actually, lama dah aku dengar lagu ini masa dok belek2 youtube, masa adik comel ni nyanyi2 dalam bilik hee. Akhirnya, jumpa jugak masa Openhouse ni :) Thanks Tasha and Clora Studio sebab invite ramaiiiiii talents yg fresh. Hee. Barulah tak jemu telinga mendengar :) Kalau tidak, asyiklah dengar lagu yang same je kat radio je ye dak? Ekeke.




Eh nak balik dah ke? JANGANLAH~~ hehe ade lagi ni jap2.









adik ni namenye Azlia (youtube channel azlia) ;) Sedap juga suaranya tau~ hehe.
Hee. Masa ni dia duet lagu Untuk Dia hey~ Untuk Dia hey~ Untuk dia~ ok2 cukup. Adik lelaki itu sy lupa namanya. Mehehe. Ampun. Nanti sy dah tahu, sy update semula aci tak? aci tade kbai.





Ni Azhar Mustapa atau nama youtube beliau, ApamBalix nah dengar ni, beliau ada lagu cover baru uolls~ Dia Lydia! apaMBalix <<-- sila tekan untuk lihat video


Pada hari kejadian juga, Clora Studio buat surprise utk semuaaaa Fans and Friends yg datang sebab mereka nak buat Video Clip untuk lagu Suasana Hari Raya versi MHI <<-- bak kata Tasha la hehe.

Sini lihat videonya~ Siapa nampak sy? Angkat tangan, letak kt idong! ekeke


Beramah mesra di hari raya~ oh yang baju merah itu ialah si comel Daiyan Trisha (youtube channel Daiyan Trisha). Hee meriah tak ? Tak cukup meriah? ni kat bawah ni ada lagi ~~










Abang yg pakai songkok ni sy taktau namenye. hee. Dia sukarela nak mainkan gitar untuk Ainan, mereka duet nyanyi lagu Anak Kampung-Jimmy Palikat tu :) Yg specky tu namenye AkiraShukri. Suara dia not bad jugak :) Jemputlah search youtube channel beliau. Okayy??





Yang ni gambar kesukaan sy, sebab sy yg amik! Hatimanis sy. mehehe. comel tak comel tak? Nampak dah ciri-ciri tu. Aish. Sejuk perut mummy mengandungkan :) Alahai~~ ihik.




Ok lah. Cukuplah gambar2 tu agaknya, Nak upload lagi internet tak mengizinkan. Tadi cakap nak laju, ni pun nak pikir idea nak bebel ape dah sejam. Nak upload sejam lagi. Ye. Sy kena tido awal tau. Esok sy nak pegi UIA Kuantan utk clearance. Hadoila~ Jap2, di bawah ini ada bingkisan khas dari Clora Studio buat tatapan semua orang. Jemput nonton ya~ Siapa berjaya nampak sy dan hatimanis, angkaat tangannn kayy? :)